Jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit peningkatan apabila merekodkan seramai 564 mangsa membabitkan 158 keluarga yang direkodkan di Perak, Selangor dan Perlis sehingga jam 8 pagi tadi.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, jumlah itu membabitkan lima daerah yang aktif di tiga negeri berkenaan.